11/12/2023

NOTIS PEMAKLUMAN HAD KEWANGAN & KELAS PENDAFTARAN BAHARU UPKJ

by Diadaptasi dari maklumat Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak

Adalah dimaklumkan, BERMULA 1 JUN 2024, Pendaftaran UPKJ akan menggunapakai Kelas dan Had Kewangan yang BAHARU bagi Bidang Kerja, Bidang Mekanikal dan Bidang Elektrikal (Kepala VIIA) seperti berikut:

 

Bidang Kerja dan Bidang Mekanikal

 

Kelas Had Kewangan
A Melebihi RM10,000,000
B Melebihi RM5,000,000 ke RM10,000,000
C Melebihi RM3,000,000 ke RM5,000,000
D Melebihi RM1,000,000 ke RM3,000,000
E Melebihi RM200,000 ke RM1,000,000
F RM200,000 dan ke bawah

 

Bidang Elektrikal (Kepala VIIA)

 

Kelas Had Kewangan
I Melebihi RM200,000
II RM200,000 ke RM5,000,000
III Melebihi RM50,000 ke RM500,000
IV RM150,000 dan ke bawah

 

Bagi kontraktor yang telah berdaftar dibawah Bidang Kerja / Mekanikal di bawah Kelas BX dan EX dan Bidang Elektrikal (Kepala VIIA) di bawah Kelas V dan VI boleh menukar Sijil Pendaftaran dengan Unit Pendaftaran Kontraktor Dan Juruperunding (UPKJ) dengan mengemukakan permohonan seperti berikut:

 

PERMOHONAN BOLEH DIBUAT MULAI 01.12.2023 dengan menggunakan jenis permohonan seperti berikut:

 

Jenis Permohonan Yuran Cara-Cara Memohon
Permohonan Perubahan Tiada yuran untuk permohonan perubahan Rujuk Lampiran A
Permohonan Pembaharuan (bagi kontraktor yang sahlaku pendaftaran akan tamat seawal tempoh enam (6) bulan atau yang sahlaku telah luput dalam tempoh satu (1) tahun] Yuran pembaharuan akan dikenakan di bawah Kelas yang Baharu Rujuk Lampiran B

 

Semua permohonan Pendaftaran Baharu / Tambah Kepala / Sub-Kepala di bawah Kelas BX, EX, Kelas V dan VI yang diterima mulai 01.12.2023 akan ditukar kepada Kelas yang baharu.


Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari lama webPejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Daftar & langgan untuk melihat semua senarai tender