08/03/2024

PEMAKLUMAN YURAN PROSES SEMAKAN SEMULA SPEK

by Diadaptasi dari maklumat CIDB Malaysia

PERLAKSANAAN YURAN PROSES SEMAKAN SEMULA BAGI SEMAKAN PEMATUHAN KONTRAKTOR (SPEK) - SEBELUM INI DIKENALI SEBAGAI CCA

 

Mulai 11 March 2024 yuran proses sebanyak RM350 akan dikenakan kepada kontraktor yang ingin membuat oermohonan Semakan Semula bagi Semakan Pematuhan Kontraktor (SPEK).

 

Bayaran yuran proses Semakan Semula (SPEK) boleh dibuat di kaunter Pejabat CIDB Negeri / Cawangan secara bank draf / kad debit dengan mengemukakan Surat Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Negeri.

 

Resit bayaran perlu dimuatnaik semasa membuat permohonan Semakan Semula di dalam sistem CIMS CIDB.


Berdasarkan kandungan yang asalnya diterbitkan oleh CIDB Malaysia. Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari laman webCIDB Malaysia.

Daftar & langgan untuk melihat semua senarai tender